Gaya Kepimpinan pengetua/pengarah sangat mempengaruhi dalam usaha melaksanakan penambahbaikan sekolah.
Terdapat pelbagai gaya dan orientasi kepimpinan yang boleh diamalkan oleh pengetua. Antaranya adalah :
1. Kepimpinan Autokratik
2. Kepimpinan Demokratik
3. Kepimpinan Laissez-Faire
4. Kepimpinan Tranformasi (Transformational Leadership)
5. Kepimpinan Karisma (Charismatic Leadership)
6. Kepimpinan Transaksional (Transactional Leadership)
7. Kepimpinan Agihan ( Distributed Leadership)
8. Kepimpinan Instruksional (Instructional Leadership)
9. Kepimpinan Pembelajaran ( Leadership for Learning)
10. Kepimpinan Penyertaan (Participative Leadership)
11. Kepimpinan Sokongan dan Motivasi ( Supportive Leadership)
Pengarah/pengetua sebagai pemimpin di organisasi perlu memahami gaya kepimpinan ini kerana :
Pertama :
Mereka bertanggungjawab terhadap peningkatan dan kemerosotan prestasi pencapaian organisasinya.
Kedua :
Menangani perkara berkaitan kecekapan pengurusan dan keberkesanan sekolah.
Ketiga :
Meningkatkan motivasi dan kecekapan dalam kerjaya kepada guru.
Keempat :
Memberi kepuasan kerja kepada guru, di mana implikasinya adalah guru memberi komitmen sepenuhnya dalam melaksanakan rancangan atau pelan penambahbaikan sekolah.
*Untuk entry yang akan datang, saya akan mencoretkan gaya kepimpinan di atas dari sudut perspektif yang berlaku di IKM.
Sekian...