Assalamualaikum....
Salam perkenalan dari saya.
Memiliki blog sendiri!!!... wah..bagaikan bermimpi pula..
Apabila kami pelajar sarjana kepengetuaan diminta oleh pensyarah Dr. Zuraidah untuk mewujudkan blog bagi kursus YXGA 6112, perkara pertama yang bermain diminda saya "apa yang aku nak tulis dalam blog tu nanti, dah la tak pandai mengarang". arrgghh.. fikiran berkecamuk...
Memang seronok membaca catatan dan nukilan di blog orang lain namun untuk mencipta dan menulis nukilan di blog sendiri bukan sesuatu yang mudah dan sungguh mencabar diri ini. Maklumlah sebagai guru matematik, selama ini hanya bermain dengan nombor sahaja. Tetapi itu semua tidak mematahkan semangat saya malahan ianya bagaikan pendorong untuk lebih berusaha dan berazam melaksanakannya dengan sebaik-baiknya.
Semoga apa yang akan dipaparkan di sini dapat dikongsikan bersama rakan-rakan dan memberi manafaat kepada kita semua serta diberkati Allah.
go go amy hehe
ReplyDeletehehe thanks reen
ReplyDelete