Dengan
mengandaikan sekolah ini adalah kepunyaan sendiri. Segala dana dan perbelanjaan
termasuk pembayaran gaji guru dan kakitangan juga dibiayai oleh saya sendiri.
Dalam
situasi ini saya berasakan Kepimpinan Agihan (Distributed Leadership) adalah
yang paling sesuai. Kepimpinan ini merupakan satu kepimpinan permuafakatan dan
berkongsi kuasa serta mempercayai antara satu sama lain. Kepimpinan ini dapat
melahirkan ramai individu yang professional dan pakar dalam bidang
masing-masing serta penuh integriti dalam melaksanakan tugas. Guru yang hebat
akan menghasilkan pelajar yang juga hebat serta membentuk sekolah berkesan.
Umumnya,
kita mengetahui bahawa untuk mencapai kecemerlangan di mana-mana institusi
pendidikan atau sekolah, seseorang pemimpin tidak mampu bekerja secara
bersendirian. Selaku Pengetua penerapan kepimpina Agihan di dalam sekolah
diharap dapat memudahkan dan melancarkan lagi urusan pentadbiran dan kewangan
sekolah. Fayol (1949) menyenaraikan beberapa aspek pengurusan utama iaitu
perancangan, pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan pengawalan.
Kuasa
membuat keputusan diagihkan dan dikongsi bersama diantara pengetua, timbalan
pengetua, ketua jabatan, ketua program dan ketua unit. Mereka ini
dipertanggungjawabkan menguruskan hal-hal yang berkaitan kurikulum dalam bidang
kuasa masing-masing dan mempunyai beberapa staf seliaan dibawahnya.
Selain
itu pengetua yang memberi kepercayaan kepada staf terhadap tugas yang diberi
dengan membuat penyeliaan, penyelarasan, pengawalan dan penilaian bagi
membolehkan penambaikan dibuat untuk mencapai tahap sekolah berkesan. Staf yang
berintegriti dan beretika tinggi akan melaksanakan tugas dengan cemerlang. Hasil
dari kepimpinan ini juga ia dapat melahirkan staf yang pakar dalam bidang
masing-masing serta dapat membuat keputusan yang baik untuk sekolah
Bagi
pihak saya sebagai Pengetua, saya tidak boleh mengawal setiap keputusan yang
dibuat mengikut kehendak sendiri. Pengetua harus memimpin dan menerima
keputusan mereka selagi ianya tidak menyalahi polisi dan dasar sekolah dan
diyakini boleh membawa kebaikan kepada sekolah saya.
No comments:
Post a Comment