Memang
benar pelajar IKM adalah pelajar yang lemah dari sudut akademiknya. Namun kebanyakan
mereka sangat mulia dari sudut sikap dan tingkah laku. Mengajar mereka di dalam
kelas memerlukan kesabaran yang tinggi. Kesabaran yang tinggi dalam menerangkan
sesuatu topic pengajaran agar mereka benar-benar faham. Mereka ini kebanyakan
adalah pelajar yang mendengar kata. Keadaan ini berbeza ketika mereka berada di
bangku sekolah. Seringkali mereka mengakui mereka merupaka pelajar nakal dan
bermasalah di sekolah, namun usia telah mematangkan mereka. Guru tidak perlu
memaksa mereka untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Cukup dengan arahan yang
jelas, mereka akan melaksanakan tugasan atau projek dengan sebaiknya. Begitu
juga sekiranya guru meminta pertolongan, mereka sentiasa menunjukkan sikap
ringan tulang dan membantu dengan bersungguh-sungguh. Pernah satu ketika, pihak
IKM menjemput seorang guru dari Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk memberi ceramah motivasi kepada pelajar. Guru tersebut(penceramah)
sungguh terkejut dengan sikap pelajar ikm di mana pelajar datang ke dewan secara
teratur dan segera apabila mendengar pengumuman yang meminta mereka hadir ke
dewan. Malahan tiada seorang guru pun yang menjerit atau mengarah-mengarah
pelajar. Pelajar juga tidak membuat bising di dalam dewan. Guru Pencemarah ini
menyatakan situasi ini sangat berbeza di sekolah, di mana guru terpaksa
mengawal pergerakan pelajar. Penceramah juga menyataka bahawa selama ini beliau
menganggap bahawa pelajar IKM adalah pelajar yang bermasalah. Kejadian pada
hari tersebut telah mengubah persepsinya terhadap IKM. Namun saya tidak nafikan
masih terdapat pelajar yang mempunyai masalah disiplin, walaubagaimanapun
bilangannya mungkin lebih sedikit jika dibandingkan dengan Sekolah Menengah
Harian. Boleh dikatakan bahawa menguruskan pelajar IKM adalah jauh lebih mudah
dari menguruskan pelajar remaja di sekolah menengah. Seperti yang telah dikata
bahawa usia mematangkan kita. Pelajar yang dulu nakal telah berubah menjadi
lebih berbudi bahasa dan sedang berusaha untuk memajukan diri sendiri.
Sesungguhnya
ramai pelajar IKM di luar sana telah Berjaya dengan mengusahakan perniagaan dan
ada yang menggenggam ijazah kejuruteraan. Cuma perjalanan menuntut ilmu mereka
lebih panjang berbeza dengan pelajar MRSM yang lebih cepat menamatkan pelajaran
mereka. walaubagaimanapun panjang atau pendek perjalanan menuntut ilmu itu, apa
yang lebih penting adalah menjadi modal insan yang cemerlang di dunia dan
akhirat. Jadi boleh disimpulkan bahawa IKM juga merupakan sekolah berkesan
kerana pelajar yang memohon untuk kemasukan ke IKM adalah merupakan pelajar
yang lemah pada peringkat menengah, namun apabila telah menamatkan pengajian di
IKM mereka berjaya menempatkan diri institusi pengajian tinggi dan malahan ada
yang berjaya menjadi usahawan.
No comments:
Post a Comment