Jawapan.
Bagi menjawab persoalan ini, pandangan saya berikan adalah berdasarkan situasi di Institut Kemahiran MARA (IKM).
Saya memilih gabungan di antara Kepemimpinan Pembelajaran dan Kepemimpinan Instruksional. Kepemimpinan pembelajaran menghasilkan pengurusan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan ke arah melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang
akademik dan seterusnya menjadi sekolah berkesan. Pengarah merupakan
pemimpin institut kemahiran MARA. Pengarah boleh dilantik dari kalangan
penjawat awam dalam kumpulan perkhidmatan kejuruteraan (gred J) dan kumpulan
perkhidmatan ekonomi (gred E). Mereka mempunyai tanggungjawab yang berat iaitu
perlu memahami konteks institut kemahiran sebelum melaksanakan perancangan
program yang bersesuaian. Setiap institut kemahiran MARA mempunyai
sekurang-kurangnya lapan program kemahiran yang ditawarkan. Persekitaran dan
suasana di sebuah institut kemahiran adalah berbeza dengan persekitaran dan
suasana di sekolah dari segi sumber dan kaedah pengajaran dan pembelajaran,
budaya dan keperluan warganya. Pengarah perlu
mempunyai kemahiran instruksional, pengajaran dan pembelajaran yang tinggi
supaya dapat memberi bimbingan yang efektif dalam aspek pengajaran kepada
guru-guru. Dengan memiliki pengetahuan yang tinggi, dia lebih dihormati dan
seterusnya dapat memperbaiki amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran di
bengkel dan di dalam kelas. Keadaan ini memerlukan pengarah itu mempelajari
sistem institut kemahiran berkenaan agar dapat menjalankan tugas dengan
berkesan malahan mampu memberi sumbangan positif berlandaskan amalan
kepemimpinannya. Melalui cara ini, pihak institut kemahiran MARA dapat membantu
pelajar yang mengikuti program kemahiran dan teknikal mendapat pendidikan yang berkualiti.
Kajian-kajian
dari dalam dan luar negara menunjukkan terdapat hubungan antara kepimpinan
pembelajaran dengan keberkesanan sekolah di mana pengarah atau pengetua yang
banyak memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran akan dapat meningkatkaan
pencapaian akademik pelajar dan merangsang budaya positif di sekolah. Secara
umumnya, kepimpinan instruksional dan pembelajaran adalah tanggungjawab paling
utama yang perlu dilaksanakan oleh pengetua (Wood, 1974, Sergiovanni, 1990,
Mortimore, 1995, Shahril 1997, Sukri Abdullah, 1998 dan Avheson & Smith,
2006). Penyelidik-penyelidik ini
mengatakan bahawa kepimpinan instruksional dan pembelajaran adalah berkaitan
dengan proses kesinambungan pengajaran antara guru, pelajar dan kurikulum.
Kepimpinan Instruksional perlu menangani perkara berkaitan guru iaitu
pemantauan, penyeliaan, penyelarasan, penilaian, perkembangan pembangunan professional
dan latihan dalam perkhidmatan. Manakala Kepimpinan Pembelajaran pula berkaitan
kurikulum, perlu melihat pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran serta kepelbagaian
latihan dalam skop dan susun aturnya.
Kepemimpinan
Pembelajaran boleh dianggap sebagai segala tindakan dan aktiviti yang
dilaksanakan oleh seseorang pemimpin IKM, MRSM dan sekolah bagi memantapkan
proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikannya. Seorang pemimpin
sekolah harus mempunyai satu hala tuju untuk mencapai matlamat melalui apa jua
kaedah dan usaha yang boleh dilakukan bagi menjayakan matlamat tersebut
Oleh itu, kepemimpinan
pembelajaran yang cemerlang amat penting dalam hasrat mewujudkan budaya
kepimpinan profesional. Budaya ini perlu ada dalam organisasi yang menerajui
pendidikan teknikal dan vokasional untuk melahirkan modal insan yang kompeten,
berinovasi, bersahsiah terpuji dan berdaya saing dalam membangunkan masyarakat
perdagangan dan perindustrian yang berminda kelas pertama.
No comments:
Post a Comment