Bagaimana anda dapat mengukur perbelanjaan yang telah diberikan oleh pihak MARA kepada pelajar-pelajar MRSM?
Adakah perbelanjaan yang diberikan itu telah dapat menghasilkan kualiti pendidikan yang tinggi kepada negara?
Jawapan :
Perbelanjaan yang diberi dan dilaburkan oleh pihak MARA kepada pelajar terutamanya MRSM adalah sangat besar. Ini dilihat berdasarkan kepada penyediaan kemudahan prasarana yang lengkap, bahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini, elaun, makanan & minuman yang berkhasiat dan kelengkapan asrama yang selesa. Selain itu terdapat juga peruntukan yang besar untuk pelbagai aktiviti dan program yang dirancang di peringkat MRSM dan Ibu pejabat samaada ianya dilaksanakan di dalam atau di luar negara.
Saya berpendapat keselesaan terhadap kemudahan prasarana dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini membantu untuk guru dan pelajar melalui proses P& P yang lebih berkualiti dan menyeronokkan. Selain itu makanan dan minuman yang berkhasiat mampu untuk menghasilkan kecerdasan otak dan kesihatan badan yang baik kepada pelajar. Malahan saya juga bersetuju bahawa kepelbagaian aktiviti dan program dilaksanakan di MRSM adalah bagi membangunankan potensi dan kebolehan diri pelajar bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dan generasi baru yang berkualiti.
No comments:
Post a Comment